Thursday, April 4, 2019

Kenapa saya suka novel?


Assalammualaikum semua..
Tajuk entri pada kali ini berkaitan dengan minat Asna membaca novel. Anda  minat tak membaca novel? Terfikir nak cerita berkenaan ini pun sebab Asna minat dengan novel.


Bagi Asna minat Asna terhadap novel ini bermula dari kawan sebenarnya. Ikut kawan-kawan baca novel sebab tak ada buat apa-apa,  jadi dari buang masa baik baca novel dan bertukar-tukar novel.

Sebenarnya bagi Asna membaca novel ini boleh hilangkan stress terhadap kerja dan belajar. Biasalah bila dah jadi pelajar dan disamping tu tekanan kerja pula, novel lah penghilang stress. Bagi Asna yang memang minat terhadap novel ini, Asna boleh habiskan novel yang tebal dalam masa dua hari sahaja. 

Kalau dah start baca novel, makan minum pun boleh lupa. Tambah pula novel  cerita yang sedih-sedih memang hayati betul-betul. Siap baca dalam bilik lepas tu diam- diam tanpa gangguan. Tapi bila tiba bahagian yang menyentuh hati, tiba-tiba mak panggil, aduhhh!!!! kena sambung baca balik.

Dah jauh tersasar cerita ni. Berbalik pada novel tadi, Asna paling minat novel karangan novelis seperti Siti Rosmizah, Syamnuriezmil dan Liyana Zahim. Memang jalan cerita yang seronok dan Asna boleh habiskan dalam masa seminggu rasanya. Tu pun kalau tiada gangguan. Novel yang paling Asna minat baca ialah "Lafazkan Kalimah Cintamu" dan novel ini memang seronok. Bila Asna hayati novel tersebut, Asna boleh habis dalam masa 2 hari dan paling kelakar Asna boleh menangis bila baca novel tersebut. Nak tahu sebab apa? Sebab jalan cerita dia sedih , ini belum tengok drama lagi. Kalau tengok drama mesti lagi teruk menangisnya. 


Ini sebahagian stok buku-buku novel yang ada dalam simpanan. Kalau nak tunjuk memang banyak sebenarnya. Lagi satu Asna tak letak sasaran penulis bila nak beli novel. Tengok cover, baca sinopsis dan kalau sinopsis seronok terus beli. Asna paling suka beli novel dekat Popular dan MPH sebab harga pun berpatutan dan kebetulan Asna ada kad ahli jadi dapat lah diskaun pada setiap pembelian. Kadang Asna akan tunggu bila ada diskaun baru beli, dapat murah sikit.


Tapi korang perasan tak sekarang ini banyak novel yang berunsurkan cinta dekat pasaran? Tapi jalan cerita macam sama. Terkadang bosan juga nak baca tapi boleh dikatakan semua novel ada pengakhiran yang baik. 

Asna akan baca novel bila Asna rasa bosan tak tau nak buat apa. Kadang balik kerja sambil-sambil nak tunggu masa nak tidur, Asna akan baca novel. Tapi sekarang Asna dah kurang baca novel sebab Asna nak tumpu pada pelajaran dulu dan tambah pula pada peperiksaan akhir. Jadi masa dan keinginan nak baca novel kena ketepikan dulu buat masa sekarang. Insyallah cuti semester Asna akan sambung baca balik. 

Okey nak stop sampai sini. Nanti Asna cerita lagi panjang. Insyallah ada masa Asna akan cerita lagi.




Monday, April 1, 2019

Sejarah Menara Condong Teluk Intan



Menara condong adalah sebuah Menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan Menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 dan ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh dan agak senget dan tercondong sedikit.

Menara ini sebenarnya adalah merupakan takungan air sebelum adanya tangka air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini Menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.



Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaiman sekarang. Orang yang bertanggungjawab membina Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, iaitu pada tahun 1985 telah berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca Menara ini mula condong ke arah barat.





Pada zaman Jepun (1942 – 1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas. Kini bangunan condong ini mendapat jolokan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.







Tangki air terletak di aras tiga yang dibuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki padu air.

Kenapa saya suka novel?

Assalammualaikum semua.. Tajuk entri pada kali ini berkaitan dengan minat Asna membaca novel. Anda  minat tak membaca novel? Terfikir n...