Menara condong adalah sebuah Menara jam yang terletak di
Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama.
Keunikan Menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa di Itali. Menara ini
dibina pada tahun 1885 dan ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat
110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri
kukuh dan agak senget dan tercondong sedikit.
Menara ini sebenarnya adalah merupakan takungan air sebelum
adanya tangka air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan
jam besar. Kini Menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan
pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi
dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat
untuk bersantai seisi keluarga.
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaiman sekarang.
Orang yang bertanggungjawab membina Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong
atau Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka
bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun
dibina, iaitu pada tahun 1985 telah berlaku dengan bebanan air yang berat
inilah dipercayai punca Menara ini mula condong ke arah barat.
Pada zaman Jepun (1942 – 1945) bangunan Menara Jam ini
dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini
yang digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan
kerosakan terutama pada bahagian atas. Kini bangunan condong ini mendapat
jolokan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.
Tangki air terletak di aras tiga yang dibuat daripada keluli
setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki padu air.
teringin nak pergi menara condong..nanti bawak aku jalan2 sini asna....
ReplyDeletehehehe
blh. nnti ko dtg teluk intan roger2 aku
Delete