Thursday, March 28, 2019

Staff DCTI, Teluk Intan, Perak





Dari DCTI, Teluk Intan Perak


Ini adalah kami staff Imperia Asia (DCTI). Kami merupakan cawangan dari Teluk Intan , Perak. Perjalanan dari Teluk Intan ke Geno Hotel , Shah Alam mengambil masa selama 3 jam perjalanan. Dari Teluk Intan sebenarnya ramai tetapi kami ini adalah yang paling rapat bagaikan satu kumpulan.

Tiada perbezaan antara kami semua. Memang rapat belaka sampai perangai masing-masing pun kami tahu. Kehadiran kami ke malam gala tersebut ibarat sinar yang bercahaya kerana kami jenis yang suka menceriakan suasana. Tidak kenal sesiapa pun kami boleh rapat.

Kehadiran kami juga telah merapatkan silaturahim antara semua staff Imperia Asia. Dari orang atas sehinggalah staff bawahan. 












Kali ini kami dapat juga bergambar dengan En. Rosli. Lama juga tidak bertemu dengan dia sejak - sejak dia sibuk sampai nak datang tempat kami pun tiada masa. Pertama kali aku kerja dekat Imperia Asia aku dah kenal dengan En. Rosli. Dia baik orangnya dan suka ambil berat tentang kami. Walaupun dia suka bergurau dengan kami, tetapi kami tetap hormat dia sebagai orang lama di Imperia Asia.

Kami memang sekepala dengan dia dan terkadang dia sanggup melayan perangai kami yang kadang-kadang macam budak-budak. 












No comments:

Post a Comment

Kenapa saya suka novel?

Assalammualaikum semua.. Tajuk entri pada kali ini berkaitan dengan minat Asna membaca novel. Anda  minat tak membaca novel? Terfikir n...