Saturday, March 30, 2019

Kami Pelajar UUM

SEMESTER 1


Alhamdulillah bermula satu jalan cerita dalam kehidupan aku. Kali ini aku bergelar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam di Universiti Utara Malaysia. Semoga aku berjaya dalam setiap pelajaran dan juga kehidupan. Benar kata orang, menuntut ilmu sangat dituntut dalam Islam. Walaupun usia sudah menganjak dewasa tetapi menuntut ilmu itu tidak mengira usia sebenarnya. Maka teruskanlah menuntut ilmu sehingga ke menara gading. Banggakan ibu dan ayah serta keluarga.









SEMESTER 2




Ini adalah rakan - rakan sekelas dari semester pertama sehinggalah sekarang. Walaupun kami jarang berjumpa dan bersua muka tetapi kami tetap rapat bagaikan sudah lama mengenali antara satu sama lain dan tahu perangai masing-masing.

Memang benar apabila bergelar pelajar separuh masa ini, kita tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu perkara. Tetapi kita perlulah bijak untuk membahagikan masa dengan pelajaran dan kerja serta keluarga.

Kelakar sebenarnya apabila teringat perangai masing-masing. Ada yang kuat mengusik dan juga ada yang pendiam.

No comments:

Post a Comment

Kenapa saya suka novel?

Assalammualaikum semua.. Tajuk entri pada kali ini berkaitan dengan minat Asna membaca novel. Anda  minat tak membaca novel? Terfikir n...